Pemain Bolasepakku

SALAM HORMAT DAN SALAM 1 MALAYSIA.
BUAT MASA INI, BLOG GHADIS BOLA TIDAK DAPAT UNTUK MENERUSKAN PENULISAN KERANA TELAH TERLALU LAMA MENINGGALKAN PENTAS INI.
JADI, BLOG INI AKAN KEMBALI MENGHIASI ARENA BOLASEPAK INI BERMULA PADA MUSIM HADAPAN.
INSYA-ALLAH.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Jangan Klik !

Sunday 4 September 2011

: Milik Siapakah Piala Malaysia ini :




6 OKTOBER 2011...Pastinya ramai yang sudah mula menantikan detik dan saat-saat sepak mula jam 8.45 malam esok. 
Apa yang lebih penting adalah untuk memperoleh 3 mata penuh pada perlawanan yang pertama.
Ya, setiap pasukan mengharapkan kemenangan. Selepas saingan Liga Malaysia dan Piala FA melabuhkan tirai, sudah pasti saingan PIALA MALAYSIA adalah yang dinantikan oleh pasukan seperti pasukan Negeri Sembilan untuk kembali merebut piala ini dari tangan Kelantan selepas Negeri Sembilan kalah dalam pertemuan pada 29 Oktober 2010 tahun lalu. 
Demi memastikan kemenangan , sokongan para penyokong sangatlah diharapkan. Dari semangat kitalah yang akan membakar dan merangsang semangat mereka di atas padang. Tanpa penyokong, siapalah mereka. Apakah yang bakal terjadi pada musim ini ? Debaran kini dirasai.. 

Mampukah KELANTAN mempertahankan kejuaraan?
Adakah SELANGOR akan membuktikan "MISI 33" mereka berjaya ?
Dapatkah NEGERI SEMBILAN kembali merampas takhta JUARA PIALA MALAYSIA 2009 ?
Mungkinkah TERENGGANU akan mengulangi sejarah JUARA PIALA MALAYSIA 2001 ?
Apakah PERAK bakal menamatkan penantian selama 11 tahun ?
atau mungkin KEDAH juga bakal merampas kembali takhta juara milik mereka pada tahun 2008 ?
dan tidak mustahil JOHOR FC, T-TEAM, SABAH, FELDA UNITED FC,PKNS, SARAWAK, PDRM, JOHOR atau SIME DARBY akan mengugat nama2 besar yang sring digeruni oleh semua dalam saingan kali ini.

Segala kemungkinan dan segala persoalan pastinya akan terjawab.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan pasukan masing-masing sekaligus menyokong legasi bolasepak tempatan.

"Majulah Bolasepak Tempatan untuk Negara"




No comments:

Post a Comment