Pemain Bolasepakku

SALAM HORMAT DAN SALAM 1 MALAYSIA.
BUAT MASA INI, BLOG GHADIS BOLA TIDAK DAPAT UNTUK MENERUSKAN PENULISAN KERANA TELAH TERLALU LAMA MENINGGALKAN PENTAS INI.
JADI, BLOG INI AKAN KEMBALI MENGHIASI ARENA BOLASEPAK INI BERMULA PADA MUSIM HADAPAN.
INSYA-ALLAH.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Jangan Klik !

Wednesday 21 September 2011

Punca Kekalahan Malaysia vs Jepun

Akhirnya tamatlah sudah perlawanan di antara MALAYSIA dan JEPUN. Biarpun MALAYSIA kalah di tangan JEPUN namun semangat HARIMAU MALAYA masih lagi bersemi di dalam hati penyokong bolasepak tanah air. Kekalahan yang kita alami bukanlah kerana kelemahan pemain kita namun dapat dilihat betapa pemain JEPUN begitu banyak melakukan asakan. Mungkin juga bahagian pertahanan Malaysia perlu diperkemaskan lagi. Kekalahan ini tidak dilihat sebagai kekalahan yang memalukan kerana kejayaan Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan banyak serangan gol dari pihak lawan. Syabas diucapkan kepada KFCM ! Begitu cemerlang beliau menyelamatkan lebih kurang 15 serangan berbisa dari Jepun.
Diharapkan kita akan mencapai kemenangan untuk perlawanan seterusnya nanti.

Berikut adalah punca kekalahan Malaysia ke tangan JEPONG NIPONG.


1) Nippon pergunakan NOBITA untuk minta bantuan DORAEMON. (bagi ubat kuat)

2)Giant dah pesan kat pasukan Malaysia, kalau nk Giant taja mereka lepas ni, jangan bagi menang.

3)Ultra Nippon akan mengamuk kalau Jepongg kalah. ( ramaii tu..)



Tamat perlawanan Jepun (2) Malaysia (0)

SELAMANYA HARIMAU MALAYA !

23November 2011 Malaysia vs Syria | Stadium Nasional Bukit Jalil

Separuh Masa Pertama | MALAYSIA vs JEPUN |

45 minit sudah berlalu. Tinggal lagi 45 minit untuk Malaysia cuba mencantas keegoan Nippon !
Nampaknya KHAIRUL FAHMI CHE MAT a.k.a APEK adalah pemain paling sibuk malam ini. 11 serangan dilakukan oleh JEPUN dan menghasilkan 1 gol pada minit ke 9.
Kedengaran juga sorakan padu dari ULTRA NIPPON.

Sungguh. Perlawanan kali ini yang membuatkan jantung gadis berdegup kencang ! Serangan bertubi-tubi dari pemain NIPPON !

Nantikan detik-detik seterusnya pada 45minit selebihnnya.

Mengharapkan jaringan gol !

Tuesday 20 September 2011

K DEVAN berundur

Baru sahaja Gadis mendapat khabar berita yang K.DEVAN jurulatih pasukan SELANGOR telah pun meletakkan jawatan beliau dan di gantikan oleh P MANIAM.

Gadis harapkan supaya dengan pembaharuan ini SELANGOR dapat kembali berusaha mencapai MISI 33 mereka.

Sebelum ni pun NS pernah juga mengalami kemarau kekalahan berturut-turut.. Namun, selepas pertukaran jurulatih, maka NS kembali bersinar. Harapan semoga ada hikmah yang berlaku di sebalik yang terjadi. ('',)

Viva SELANGOR.

Trivia K.Devan  :

 Beliau memulakan tugasan sebagai jurulatih untuk kelab NS Chempaka dalam liga FAM kemudian naik ke Liga Perdana.

Beliau hadir sewaktu NS bertemu Kelantan semasa game Liga Super. Tetapi, selepas itu Selangor dikalahkan oleh Kelantan 5 berbalas 1.

Bagaimana boleh kalah ? Fikir-fikirkan.

Sumber : Hanzad Adhan (thanks 4 da info bro. )


Sunday 11 September 2011

RUSA tumbangkan MUSUH 5kali terjahan mantopp!!

SABTU,10 September 2011.

Menarik bukan tajuk entry GadisBola hari ini ?
Walaupun lambat update, aku tetap nak update jugak.
Saingan Piala Malaysia kian hangat sehangat mentari di ufuk timur.
Lebih-lebih lagi skuad HobinJangHobin, belum pun hero RUSA turun beraksi, RUSA sudah mula tunjuk taring. (rusa bertaring?)
5 gol kemenangan sewaktu menentang Sime Darby sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat menarik dan bermakna. Biarpun bermain dalam hujan, namun namun pemain N9 masih mampu meledakkan jaringan sekaligus menumpaskan pertahanan dan penjaga gol lawan.
Syabas diucapkan !

Keputusan perlawanan kedua PIALA MALAYSIA 2011.

KUMPULAN A

SABAH (2) vs (1) KEDAH – Tamat Perlawanan
PERAK (2) vs (1) JOHOR – Tamat Perlawanan

KUMPULAN B

TERENGGANU (3) vs (2) PKNS – Tamat perlawanan
N.SEMBILAN (5) vs (0) SIME DARBY - Tamat Perlawanan

KUMPULAN C

KELANTAN (2) vs (1) JOHOR FC – Tamat Perlawanan
FELDA UTD (1) vs (0) SARAWAK – Tamat Perlawanan

KUMPULAN D

SELANGOR (2) vs (0) PDRM - Tamat Perlawanan
KUALA LUMPUR (2) vs (1) T-TEAM – Tamat perlawanan

Friday 9 September 2011

PASUKAN HOKI TERBAIK RUSIA MAUT

Ish3.... Terkejut bila terbaca berita mengenai pasukan hoki terbaik Rusia ini maut sebab kapal terbang yang mereka naiki terhempas.

Lagi berita ----> [KLIK SINI]

Thursday 8 September 2011

"Singapura yang Berpura-pura"

Assalamualaikum Salam Ceria Salam 1 Malaysia buat semua..

Hari ini aku ternampak la kat FB aku, kawan2 aku dok share link ni


Dari segi komen diorang kat link tu aku da tau dah la ni mesti pasal kes kekalahan Singapore dgn Iraq semalam. Haha ! Padan muk0 kau. Kalah. K.A.L.A.H. sekali lagi. K.A.L.A.H.

Kesian deh lorh. KALAH pulak. hahaha. Dah tau kalah boleh pulak la kau nak keluarkan statement busuk kau ni.

"SINGAPORE KECEWA LAKONAN PEMAIN IRAQ"

Sekarang baru kau rasa kan? Hari tu masa lawan Malaysia kau buat tahik kau. Berlakon kuat. Nak cakap orang. Kau pun samo yo du0 kali lim0. HAHA !

Daha kalah tu diam lah. ! Kau menang kau bising. Tak kau bising "ISTERI" kau bising. Cakap pemain Malaysia itu lah inilah. Ni kau kalah. Lagilah kau meroyan ye x? ptuiihh !

Nah, ambek kau. BEST X KALAH ?

"what u give u get back"
"what goes around comes around"

Jangan ingat aku x pandai speaking. :)

Tuesday 6 September 2011

PM 11' : NEGERI SEMBILAN(2) | SELANGOR PKNS (1)


Perlawanan pertama saingan Piala Malaysia bagi tahun 2011 merupakan satu permulaan yang baik buat pasukan Negeri Sembilan. Skuad Hobin Jang Hobin berjaya menumpaskan Selangor PKNS dengan kelebihan 2 jaringan hasil sepakan Hairudin Omar dan Shahurain Abu Samah. Biarpun Selangor PKNS berjaya mendahului Negeri Sembilan, namun Skuad Jang bangkit dan akhirnya berjaya mengekalkan 2 gol sehingga ke wisel penamat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada waghih-waghih dari N9Futbol.com dan comrade-comrade Ultras Nogori yang hadir ke Stadium MBPJ semalam.
Semoga kemenangan pertama ini akan membawa kita ke peringkat akhir.
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan skuad HOBIN JANG HOBIN.

: trivia game :

1 ) Game x fair. Ref eh .... emm !
2) Kad merah untuk Farizal Marlias. Fakri dikeluarkan dan diganti oleh Farizal Harun
3) Double F keeper yang superb !
4)
"Scoreline yang samo maso monang PM2009 maghin. Harapan sejarah 2009 berulangkembali. Misi 9 wins out of 9 matches."-admin N9Futbol


Keputusan penuh Perlawanan pertama saingan Piala Malaysia 2011
Johor FA - Kedah (FT 0-2)
Sabah - Perak (FT 0-0)
Sime Derby - Terengganu (FT 0-4)
Selangor PKNS - NESMILAN (FT 1-2)
Sarawak- Kelantan (FT 0-2)
Juho FC - Felda (FT 0-2)
PDRM - K Lumpur (FT 0-3)
T Team - Selangor (FT 1-0)



Sunday 4 September 2011

: Milik Siapakah Piala Malaysia ini :




6 OKTOBER 2011...Pastinya ramai yang sudah mula menantikan detik dan saat-saat sepak mula jam 8.45 malam esok. 
Apa yang lebih penting adalah untuk memperoleh 3 mata penuh pada perlawanan yang pertama.
Ya, setiap pasukan mengharapkan kemenangan. Selepas saingan Liga Malaysia dan Piala FA melabuhkan tirai, sudah pasti saingan PIALA MALAYSIA adalah yang dinantikan oleh pasukan seperti pasukan Negeri Sembilan untuk kembali merebut piala ini dari tangan Kelantan selepas Negeri Sembilan kalah dalam pertemuan pada 29 Oktober 2010 tahun lalu. 
Demi memastikan kemenangan , sokongan para penyokong sangatlah diharapkan. Dari semangat kitalah yang akan membakar dan merangsang semangat mereka di atas padang. Tanpa penyokong, siapalah mereka. Apakah yang bakal terjadi pada musim ini ? Debaran kini dirasai.. 

Mampukah KELANTAN mempertahankan kejuaraan?
Adakah SELANGOR akan membuktikan "MISI 33" mereka berjaya ?
Dapatkah NEGERI SEMBILAN kembali merampas takhta JUARA PIALA MALAYSIA 2009 ?
Mungkinkah TERENGGANU akan mengulangi sejarah JUARA PIALA MALAYSIA 2001 ?
Apakah PERAK bakal menamatkan penantian selama 11 tahun ?
atau mungkin KEDAH juga bakal merampas kembali takhta juara milik mereka pada tahun 2008 ?
dan tidak mustahil JOHOR FC, T-TEAM, SABAH, FELDA UNITED FC,PKNS, SARAWAK, PDRM, JOHOR atau SIME DARBY akan mengugat nama2 besar yang sring digeruni oleh semua dalam saingan kali ini.

Segala kemungkinan dan segala persoalan pastinya akan terjawab.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan pasukan masing-masing sekaligus menyokong legasi bolasepak tempatan.

"Majulah Bolasepak Tempatan untuk Negara"