Pemain Bolasepakku

SALAM HORMAT DAN SALAM 1 MALAYSIA.
BUAT MASA INI, BLOG GHADIS BOLA TIDAK DAPAT UNTUK MENERUSKAN PENULISAN KERANA TELAH TERLALU LAMA MENINGGALKAN PENTAS INI.
JADI, BLOG INI AKAN KEMBALI MENGHIASI ARENA BOLASEPAK INI BERMULA PADA MUSIM HADAPAN.
INSYA-ALLAH.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Jangan Klik !

Saturday 13 August 2011

:: Kerana BOLA ::

Alhamdulillah..
Sikit2 aku dah mula nak berkecimpung dalam dunia penulisan blog.
Segalanya disini adalah kerana BOLASEPAK.
Walaupun aku bukan blogger ternama seperti blog APA KATA FALIQ dan MOFASAD,
tapi aku ingin cuba ke arah itu. Walaupun aku bukan pelajar SAINS SUKAN. Tetapi aku berusaha untuk ke arah itu.

Kenapa Bolasepak yang jadi pilihan ?

Itu adalah antara soalan yang sering menjadi tanda tanya rakan-rakan yang baru mengenali aku. (:

Meh sini acik nak torang an haa..

Mula-mula sekali sebab sejak dari kecik, ayahanda ku yang ter-CINTA dah mula mengajar aku ke stadium. Seingat aku masa umur 4 tahun kot. Masa kt stadium tu, kalau N9 gol, aku lah antara mangsa lambungan ayah aku. hoHo. Walhal ayah aku bukan orang N9 pun. huhu. Beliau anak jati Pahang. Mungkin sebab beliau dah lama duduk menetap di N9, tu yang beliau fanatik kat pasukan HJH tu. Ataupun dalam ertikata lain masa tu N9 tengah top meletop kot. hehe.

Bak kata pepatah la kan, "mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"
Kalau dah "bapa borek, anak pun rintik"

Bermulah dari situ, aku dan adiklah pengikut setia ayah ke stadium. Kiranya STAR Paroi tu tempat tendang2 je lah mase kecik. haha. Ibu aku jangan harap lah kan. Kalau sebut g stadium, tengoklah beliau punya bebel tu dari kitorang decide nak pegi sampai kitorang dah balik dari stadium pun. Pernah sekali, ibu aku ikut. Lepas tu tak ikut dah. Ingat lagi kt stesen minyak dekat ngan Stadium tu ibu aku tercicir selipar. hik3.

So, get the point kenapa aku minat bola SANGAT2 ?

Tapi, aku tak layan sangat Liga luar ni. Aku tau aku sokong BOLASEPAK TEMPATAN sahaja. Kalau game2 luar ni aku tengok gitu2 je lah. Tapi kalau game TEMPATAN, dah menjadi al-WAJIBun untuk aku tonton.

Untuk pengetahuan umum, aku ni anak JATI NEGERI SEMBILAN. Sudah pastilah aku akan menyokong Pasukan NEGERI SEMBILAN kan ? TAPI. ha, ada TAPI tau. Aku x minat pemain NEGERI SEMBILAN pun. hehe. Sebab aku cuma FANATIK pada seorang pemain ni SAHAJA. nak tau SIAPA ? ikuti entri berikut.

[TekanTekanSiniKalauNakTahu]

Okey. Setakat ni dulu untuk entry kali ni. Nantikan banyak lagi benda yang aku nak kongsi kan kat sini. :)

No comments:

Post a Comment